fbpx

‘Lelaki kalau nak kahwin, tengok tenaga bakal isteri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

PETALING JAYA – “Lelaki kalau nak kahwin, tengok bakal isteri anda bertenaga atau tak, bersemangat atau tak? Kerana kekuatan tenaga dan metabolisme anak datang dari ibu bukan dari ayah,” kata Penceramah Kesihatan Mental, Amirul Ramli.

Menerusi perkongsian di Tiktok, Amirul berkata, bila sebut tentang tenaga, secara biologinya kita bercakap tentang mitochondria (energy powerhouse) dalam setiap sel tubuh badan anda.

“Ia menjana tenaga yang kita panggil sebagai adenosine triphosphate (ATP).

“Nak berjalan, angkat tangan, bekerja, berfikir dan sebagainya memerlukan ATP dan yang menghasilkan molekul ATP ini adalah mitochondria.

“Asid deoksiribonukleik (DNA) mitochondria manusia datangnya daripada ibu sahaja,” kongsinya.

Sehubungan itu, Amirul memberitahu bahawa, tenaga, kekuatan, kuat bekerja dan metabolisme semuanya akan dipengaruhi oleh ibu mereka.

Jelasnya, pengkaji berpendapat, tenaga daripada ayah sudah habis ketika sperma berlumba-lumba ketika proses persenyawaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI