fbpx

‘Pulanglah nak, emak risau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD yang dilaporkan hilang sejak 10 hari lalu sehingga kini gagal dikesan keluarganya di Benut, Pontian.

PONTIAN – Seorang ibu tunggal merayu pertolongan orang ramai untuk mengesan anaknya yang hilang dan gagal dihubungi sejak 10 hari lalu.

Siti Rosidah Akib, 38, berkata, anaknya, Muhammad Sallehuddin Abdullah, 17, keluar pada malam 18 Oktober ke Bandar Benut untuk membeli barang dengan menunggang motosikal Yamaha Lagenda miliknya bernombor pendaftaran JQH5586.

Bagaimanapun katanya, Sallehuddin tidak pulang pada malam itu, malah dia cuba mencari remaja itu di rumah rakan-rakannya di sekitar Benut, namun gagal.

“Saya buat laporan di Balai Polis Benut dan Balai Polis Pontian pada 20 Oktober lepas tiga hari dia hilang. Pulanglah nak, emak risau. Masa dia (Sallehuddin) nak keluar rumah, saya ada tegur jangan selalu keluar malam,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Tambah Siti Rosidah, dia tidak pasti sama ada disebabkan teguran tersebut, anaknya yang tidak lagi bersekolah telah berkecil hati menyebabkannya tidak balik ke rumah sehingga hari ini.

Siti Rosidah berkata, anaknya itu ada menghubungi adiknya (adik perempuannya) untuk meminjam RM1,000 pada 20 Oktober lalu, bagi tujuan membayar rumah sewa.

“Itu yang menghairankan saya, nak membayar rumah sewa di mana? Dia ( Sallehuddin ) tidak pernah maklumkan mengenai perkara tersebut sebelum ini kepada saya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI