PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa memasak menu istimewa kari daging Jepun hari ini.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Seri Paduka Baginda telah menggabungkan rempah dan bahan tradisional Jepun serta sentuhan tempatan, menjadikannya hidangan yang selera.
“Seri Paduka Baginda pada hari ini (26 Oktober), memasak sambil berinteraksi bersama kakitangan yang turut menyaksikan kemahiran Baginda menyediakan menu berkenaan.
“Seri Paduka Baginda kemudian menikmati menu berkenaan dalam santapan petang bersama kakitangan Baginda,”tulis hantaran terbabit.
Tambah hantaran itu, memasak merupakan antara hobi kegemaran Seri Paduka Baginda dan Sultan Ibrahim juga berkemahiran menyediakan pelbagai menu masakan.-KOSMO! ONLINE