fbpx

SOJC 2024: Skuad hoki remaja kebangsaan tamat saingan di tempat tercorot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain remaja kebangsaan, Danish Danial berebut bola dan pemain Jepun, Hyota Yamada pada penentuan tempat kelima dan keenam Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor 2024 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Skuad hoki remaja kebangsaan menamatkan saingan Kejohanan Hoki Antarabangsa bawah 21 tahun Piala Sultan Johor (SOJC) 2024 di kedudukan tercorot apabila tewas 5-2 kepada Jepun menerusi penentuan penalti setelah perlawanan terikat 2-2 di Stadium Hoki Johor, di sini, petang tadi.

Ini merupakan persembahan terburuk pasukan Young Tigers dalam sejarah penganjuran SOJC sejak 2011 apabila tewas dalam semua perlawanan peringkat kumpulan dan hari terakhir kejohanan.

Young Tigers memecahkan kebuntuan perlawanan menerusi gol padang Che Nur Aqilrullah Che Mohd. Khairulzi Anwar yang bijak membiaskan pukulan Hariss Iskandar Osman pada minit ke-33.

Kealpaan benteng pertahanan pasukan tuan rumah dihukum lawan apabila Tsubasa Tanaka yang melancarkan serangan dari sayap kanan memerangkap penjaga gol, Mohamad Rafaizul sebelum melorongkan bola kepada Yuto Higuchi yang mudah menolak bola ke dalam gawang tidak berkawal pada minit ke-48.

Dua minit berselang, Young Tigers sekali lagi berada di hadapan menerusi pukulan sudut penalti yang disudahkan Harris Iskandar pada minit ke-50.

Dua minit sebelum masa sebenar tamat, Jepun dihadiahkan penalti pada minit ke-58 dan peluang keemasan itu disempurnakan Jun Watanabe lalu mengheret perlawanan ke penentuan penalti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI