fbpx

Jalan ‘berapi’ SUV seret motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH SUV mengheret motosikal di Thailand. - Foto @mikekodomo/TikTok

BANGKOK  – Sebuah kenderaan utiliti sukan(SUV)  di Thailand menyeret sebuah motosikal di sepanjang jalan ketika melarikan diri selepas didakwa melanggar penunggangnya, lapor portal berita MSNews hari ini.

Insiden itu dirakam dan disiarkan di platform TikTok di mana ia merekodkan lebih 2.7 juta tontonan.

Klip video dimuat naik pada Khamis lalu menunjukkan SUV itu dipandu di sebatang jalan pada waktu malam. 

Percikan api keluar dari kenderaan itu apabila motosikal yang terperangkap di bawahnya bergesel dengan permukaan jalan raya.

Individu yang merakam insiden tersebut membunyikan hon meminta pemandu SUV berhenti.

Ketika SUV itu menukar  lorong, motosikal yang tersepit terkeluar dari bawah kenderaan tersebut.

Menurut saluran berita Thairath, tiada butiran tambahan diberikan tentang bila atau di mana kejadian itu berlaku. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI