fbpx

GRO Korea Selatan: 5 wanita masuk sebagai pelancong, kerap ‘u-turn’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga Korea Selatan yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat karaoke di Solaris, Kuala Lumpur, tengah malam semalam.

KUALA LUMPUR – Lima wanita warga Korea Selatan yang ditahan menerusi Op Gegar di Solaris, tengah malam semalam didapati kerap melakukan ‘u-turn’ selepas tempoh Pas Lawatan Sosial (PLS) mereka tamat sejak setahun lalu.

Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, tindakan itu dibuat bagi meneruskan kegiatan sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat karaoke (KTV), di sini.

Katanya, selepas berada di dalam negara, mereka akan berhubung dengan seorang ‘mummy’ yang juga warga Korea Selatan bagi mendapatkan pelanggan.

“Kesemua wanita yang ditahan berusia lingkungan 20an akan mengambil upah RM500 untuk 3 jam berhibur bersama pelanggan.

“Hasil siasatan mendapati kaedah ‘u-turn’ kerap dilakukan selepas PLS mereka tamat, mereka akan masuk ke negara jiran sebelum ke Malaysia semula,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Semalam, media melaporkan, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur membongkarkan kegiatan sebuah KTV dipercayai menawarkan khidmat GRO warga Korea Selatan, di Solaris, di sini.

Serbuan Op Gegar yang dijalankan pada pukul 12.30 malam itu turut menahan 11 warga Korea Selatan yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen.

Seramai 11 warga Korea Selatan ditahan membabitkan enam lelaki dan lima wanita.

Kes disiasat mengikut Peraturan 39B Peraturan-peraturan Imigresen 1963.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI