fbpx

PLKN 3.0 bermula Januari 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Wira dan Wirawati PLKN menyusuri kawat berduri semasa sesi latihan di Kem Khidmat Negara di Segari Lumut Perak.

ALOR GAJAH – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat membabitkan individu berusia antara 16 hingga 35 tahun bermula Januari depan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, sebanyak 13 kem tentera telah dikenal pasti antaranya di Kuala Lumpur dan Pahang bagi menempatkan para pelatih.

Menurutnya, bagi fasa pertama, pembabitan peserta ditetapkan dalam skala kecil sebelum diperluaskan ke fasa seterusnya pada Jun 2025.

“Pada tahun hadapan, kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk memulakan PLKN 3.0, kalau ikut perancangan awal (bermula) pertengahan 2025 tetapi terdapat keperluan untuk dilaksanakan lebih awal.

“Bagi pengambilan pertama ini, peserta akan ditempatkan di dua kem untuk kita pilot kan projek PLKN 3.0 ini yang akan membabitkan kira-kira 500 peserta sebelum dilaksanakan secara menyeluruh dengan bilangan lebih besar pada Jun tahun depan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Projek Jiwa Murni (PJM) Peringkat Negeri di Hutan Percha di sini, hari ini.

Dalam pada itu, berkenaan PJM, Adly yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berkata, sebanyak 10 rumah golongan asnaf dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dibaik pulih dalam tempoh Januari hingga Oktober 2024 dengan peruntukan sebanyak RM138,500. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI