fbpx

Thailand iktiraf Malaysia penyumbang terbesar pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATTARAANONG Na Chiangmai (dua kanan) melancarkan Malaysia & Thailand Self Drive Tourism di Kompleks Bebas Cukai The Zon, Bukit Kayu Hitam hari ini.

BUKIT KAYU HITAM – Thailand mengiktiraf Malaysia sebagai antara negara terbesar yang menyumbang kepada pasaran pelancongan negara itu, dengan kira-kira empat juta rakyat Malaysia sudah berkunjung ke sana tahun ini.

Data setakat Rabu lalu itu direkodkan Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) sejak 1 Januari lalu yang menyaksikan 49 peratus daripadanya menggunakan pintu sempadan Sadao di Wilayah Songkhla, dekat sini sebagai laluan masuk.

Sebahagian besar mereka menjadikan bandar Hatyai dan sekitarnya yang terletak sejam dari Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, di sini sebagai lokasi utama untuk melancong bersama keluarga.

Timbalan Gabenor Pemasaran Antarabangsa TAT, Pattaraanong Na Chiangmai berkata, untuk tahun ini, negara gajah putih itu menyasarkan kehadiran seramai lima juta rakyat Malaysia untuk bercuti di Thailand dalam tempoh berbaki kira-kira dua bulan ini.

“Sempena kempen ‘Thailand’s Grand Invitation’ tahun depan, kami telah menawarkan produk dan perkhidmatan serta acara-acara pelancongan menarik di kawasan Selatan untuk memenuhi keperluan pasaran Malaysia dari bulan ini hingga awal 2025 antaranya festival terkenal seperti Loi Krathong, sambutan tahun baharu dan Tahun Baharu Cina,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Malaysia & Thailand Self Drive Tourism di Kompleks Bebas Cukai The Zon, di sini, hari ini.

Pada masa sama ujar Pattaraanong, sehingga Ogos lalu, Malaysia pula menerima kehadiran kira-kira 1.1 juta pelancong Thailand ke sini yang menyaksikan peningkatan 19.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI