fbpx

Ternakan seludup berisiko jejaskan industri ternakan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan TBTP kepada pesawah-pesawah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu pada Majlis Penyampaian BKST Fasa 1 dan TBTP di Nilam Puri, Kota Bharu hari ini. -Foto oleh MUSTAQIM MOHAMED / KOSMO!

KOTA BHARU – Kegiatan penyeludupan haiwan ternakan seperti lembu dan kambing di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan berisiko menjejaskan industri ternakan negara sekiranya tidak dibendung dengan segera.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kegiatan itu boleh menyebabkan ada penternak tempatan akan menarik diri daripada bidang berkenaan.

“Lembu dan kambing yang diseludup masuk ke negara ini dijual dengan harga jauh lebih murah berbanding harga pasaran.

“Sebagai contoh, kambing yang diseludup dari Thailand dijual RM300 seekor. Harga minimum seekor kambing pula RM500,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Bantuan Khas Sumbangan Tunai Kepada Pesawah Fasa 1 dan Tabung Bencana Tanaman Padi di Nilam Puri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad memberitahu, kegiatan penyeludupan turut membawa ancaman kepada kesihatan rakyat di negara ini.

Katanya, haiwan ternakan yang dibawa masuk secara haram tidak melalui saringan kesihatan sebelum melintasi sempadan negara.

Dalam perkembangan lain, Mohamad memberitahu, isu beras akan sentiasa berlarutan, namun bekalan dijamin ada dalam pasaran dan hargany juga terkawal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI