fbpx

Peruntukan RM9.97 juta bantu pesawah terjejas banjir, kemarau di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (tengah) menyampaikan sumbangan BSKT kepada pesawah pada Majlis Penyampaian BSKT Kepada Pesawah Fasa 1 dan TBTP di Nilam Puri, Kota Bharu hari ini.- Foto MUSTAQIM MOHAMED / KOSMO!

KOTA BHARU – Kira-kira 4,616 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kasa) yang terkesan bah dan kemarau menarik nafas lega apabila kerajaan memperuntukkan dana RM9.79 juta bagi membantu mereka.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, setiap pesawah yang terjejas banjir akan menerima bantuan tunai RM1,800, manakala bagi mangsa kemarau pula RM876 sehektar.

Menurutnya, kesemua peruntukan itu disalurkan melalui Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP).

“Semua pihak tahu pesawah di kawasan Kada mengalami cabaran bencana alam seperti banjir dan kemarau setiap tahun, namun kesannya agak ketara tahun ini dan tahun lalu.

“Justeru, saya sampaikan sumbangan khas tunai RM4.43 juta kepada 7,239 pesawah dalam kawasan Kada,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Bantuan Khas Sumbangan Tunai Kepada Pesawah (BKST) Fasa 1 dan TBTP di Nilam Puri, di sini hari ini.

Mohamad memberitahu, bencana banjir dan kemarau sepanjang tahun lalu menyebabkan pengeluaran hasil padi negara berkurangan sebanyak lima peratus berbanding 65 peratus sebelum ini.

Ini kerana Kelantan dilanda banjir sebanyak dua kali pada tahun lalu diikuti kemarau berpanjangan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI