fbpx

Polis terima 16 laporan kibar bendera China di Teluk Intan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tular di media sosial beberapa individu mengibarkan bendera China berhampiran dengan Menara Condong, Teluk Intan.

IPOH – Sebanyak 16 laporan polis diterima berkaitan perarakan mengibar bendera negara China di Menara Condong, Teluk Intan, dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, setakat ini, tiga wakil penganjur tampil memberi keterangan terdiri daripada pengerusi tokong berusia 57 tahun, setiausaha dan bendahari persatuan berusia 61 dan 26 tahun.

Katanya, percakapan ketiga-tiga mereka dirakam di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak pada pukul 12.30 tengah hari semalam.

“Selain itu, kita turut merakam percakapan 16 warga China dan seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun yang bertindak sebagai pengiring kumpulan tersebut.

“Lapan lelaki dan lapan wanita berusia 40 hingga 61 tahun yang terlibat dalam perarakan itu mengaku mengibarkan bendera China ketika program tersebut berlangsung,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut masih dijalankan dan sebaik sahaja siasatan lengkap, ia akan dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana melanggar syarat permit perhimpunan aman dan Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 atas kesalahan  mempamerkan lambang kebangsaan negara asing di tempat awam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI