fbpx

Kos RM10 juta baik memperbaiki cerun yang runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan ( tengah ) bersama peserta program Pengamalan Sakinah Daerah Pontian di Nurjannah Camp & Eco Resorti, Pekan Nanas, di Pontian, hari ini. - Foto MOHAMMAD ZIKRI / KOSMO!

PONTIAN – Kementerian Kerja Raya (KKR) memerlukan peruntukkan sebanyak RM10 juta bagi kerja-kerja membaiki cerun yang runtuh di Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands semalam.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Cawangan Kejuruteraan Cerun, KKR telah memberikan taklimat semasa mesyuarat ‘pra kabinet’ mengenai kejadian tersebut pada hari semalam.

Katanya, selain itu tindakan juga perlu dilakukan bagi membina laluan sementara memandangkan masih terdapat pergerakkan tanah yang menyebabkan laluan tersebut tidak boleh dibuka kepada pengguna jalan raya.

“Laluan sementara atau ‘alih arah’ perlu dibina bagi memastikan laluan penting ke Cameron Highlands tidak terputus kerana akan menjejaskan pelbagai pihak,” katanya ketika ditemui selepas penutupan rasmi program Pengamalan Sakinah Daerah Pontian di Nurjannah Camp & Eco Resort, Pekan Nanas, disini, hari ini.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menambah, kos RM10 juta termasuk kerja-kerja membaiki kerosakkan jalan yang ada bagi memastikan pengguna selamat menggunakan laluan tersebut kelak.

“Memandangkan jalan Simpang Pulai- Cameron Highlands merupakan laluan penting, kami mengharapkan peruntukkan tersebut dapat disegerakan supaya kerja-kerja dapat dilakukan secepat mungkin,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI