fbpx

Serie A: Juventus tidak boleh kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUVENTUS perlu meraih kemenangan berdepan Inter untuk membuktikan keinginan mereka memburu gelaran Scudetto musim ini. - FB JUVENTUS

TURIN – Juventus dijangka berada dalam keadaan tertekan menjelang aksi Serie A menentang Inter Milan di San Siro awal pagi esok selepas tewas 0-1 kepada Stuttgart pada saingan Liga Juara-Juara Rabu lalu.

Tambahan pula, perlawanan itu dianggap cukup penting buat kedua-dua pasukan dalam usaha mereka untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu takhta liga, Napoli.

Bekas pemain Juventus, Marco Tardelli menganggap perlawanan itu menjadi penentu kepada perebutan takhta kejuaraan musim ini dan menyifatkan, ia mampu menjadi malapetaka buat The Old Lady sekiranya tewas.

“Perlawanan itu nanti akan menjadi aksi paling penting buat Juventus dan mungkin menentukan hala tuju mereka musim ini. Juventus perlu memanfaatkan ketiadaan beberapa pemain Inter pada pertemuan tersebut.

“Saya percaya ketiadaan pemain-pemain utama mampu menjejaskan rentak permainan Inter dan kita dapat saksikan ketika mereka bergelut untuk menewaskan Young Boys dalam Liga Juara-Juara minggu lalu,” katanya.

Sekiranya mencatat kemenangan, Juventus bakal memintas kedudukan Inter di tangga kedua liga, seterusnya berpeluang memberi tekanan kepada Napoli yang dilihat selesa berada di puncak teratas.

“Ini adalah peluang terbaik buat Juventus untuk terus merapatkan kedudukan dengan peneraju liga. Mereka wajib catat kemenangan kerana sekiranya tewas, Juventus berisiko untuk hilang keyakinan,” ujar Tardelli. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI