fbpx

GISBH: Pemulihan akidah 261 kanak-kanak positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz (lima kiri) bersama pihak pengurusan dan peserta Ijtimak Ahli Sunnah Wal Jamaah Peringkat Selangor, hari ini.

SHAH ALAM – Proses pemulihan akidah dan sosial 261 kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISB Holding Sdn. Bhd. (GISBH) menunjukkan perkembangan positif.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kesemua kanak-kanak pelbagai peringkat umur itu masih ditempatkan di sebuah rumah kebajikan seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di ibu negara.

Katanya, pihaknya dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menghantar seramai 36 guru ke pusat berkenaan untuk mengajar selama dua jam setiap hari.

“Kita menggunakan modul khas mengikut peringkat usia meliputi pengajaran fardu ain, sirah, akidah, solat dan Al-Quran.

“Pemerhatian kita mendapati modul yang akan digunakan selama tiga bulan itu amat positif dan diterima baik kanak-kanak tersebut,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Ijtimak Ahli Sunnah Wal Jamaah Peringkat Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI