fbpx

Wanita ditahan kes kematian warga emas depan pasar raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki dipercayai mati dibunuh dalam kejadian di hadapan sebuah pasar raya di Klebang semalam.

IPOH – Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan kematian lelaki warga emas dipercayai dibunuh di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya di Klebang, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, tangkapan ke atas wanita tempatan berusia 24 tahun itu dibuat di rumahnya pada hari sama.

Semakan mendapati wanita dari Sabah itu tidak memiliki rekod jenayah.

“Kami terima maklumat pukul 6.13 petang yang memaklumkan terdapat seorang lelaki terbaring tidak sedarkan diri di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya.

“Pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan namun ada kesan pergelutan dipercayai antara mangsa dan suspek,” katanya di sini hari ini.

Siasatan awal mendapati suspek yang tidak bekerja itu tidak mempunyai hubungan dengan mangsa. Wanita itu direman tujuh hari sehingga Jumaat depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Sukjit Singh di talian 019-5505536 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI