fbpx

Lima universiti tertua di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNIVERSITI OXFORD di England merupakan salah satu universiti tertua di dunia.

Universiti atau pusat pengajian tinggi telah wujud di serata dunia sejak ratusan tahun lalu.

Ketika ini, terdapat kira-kira 10 buah universiti tertua di dunia yang dipercayai wujud sebelum kurun ke-13.

Biarpun ada sebahagian daripada universiti tertua ini telah berpecah kepada kolej berbeza atau digabungkan ke dalam institusi lain, namun ia terus menyesuaikan diri dengan pendidikan moden untuk kekal relevan.

Malah, kebanyakan universiti tertua ini merupakan institusi pendidikan yang berjaya mengekalkan prestij dan popular di dunia.

Minggu ini, Panorama menyenaraikan lima universiti tertua di dunia seperti dipetik dalam portal, Masters Avenue.

1. Universiti Al Quaraouiyine, Fez, Maghribi

Universiti Al Quaraouiyine terletak di Fez, Maghribi merupakan universiti tertua yang masih terus beroperasi sehingga kini.

Ia ditubuhkan pada tahun 859 Sebelum Masihi oleh Fatima al-Fihri yang merupakan anak perempuan kepada seorang saudagar kaya di Maghribi. Menurut badan World

Guinness Records Universiti of Al Quaraouiyine merupakan universiti pertama di dunia yang menawarkan pendidikan bertaraf ijazah. Pendidikan di universiti ini menumpukan kepada bidang sains agama dan undang-undang Islam.

2. Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir

Universiti Al Azhar yang terletak di Kaherah, Mesir ditubuhkan pada tahun 970 Sebelum Masihi.

Ia juga dikenali sebagai universiti Islam Sunni yang paling berprestij di dunia.

Misi utamanya adalah untuk menyebarkan Islam dan melatih pendakwah yang dilantik oleh kerajaan Mesir untuk menyampaikan dakwah.

Universiti ini diasaskan sebagai pusat pembelajaran Islam, di mana para pelajarnya mempelajari al-Quran dan undang-undang Islam bersama dengan pemikiran logik, tatabahasa dan retorik.

UNIVERSITI AL AZHAR, Mesir ditubuhkan pada tahun 970 Sebelum Masihi.

3. Universiti Bologna, Bologna, Itali

Universiti Bologna ditubuhkan pada tahun 1088 dan merupakan universiti awam tertua yang beroperasi secara berterusan di Barat.

Ia merupakan antara institusi pertama di dunia yang menggunakan istilah universiti yang merujuk kepada sebuah institusi pendidikan bagi pelajar ijazah.

Pada kurun ke-12 dan 13, ia menjadi pusat pendidikan utama bagi pengajian undang-undang sivil dan berjaya menarik perhatian para pelajar di seluruh Eropah.

4. Universiti Oxford, Oxfordshire, England

Universiti Oxford di England ditubuhkan pada tahun 1096 dan merupakan antara universiti paling terkenal di dunia.

Ia juga merupakan universiti paling tua di Britain dan telah melahirkan graduan hebat dalam pelbagai bidang.

Universiti Oxford merupakan universiti swasta yang terdiri daripada 38 kolej konstituen.

Untuk menjadi ahli Universiti Oxford, semua pelajar mesti menjadi ahli kolej atau dewan.

Universiti itu juga pertama kalinya merekodkan kemasukan pelajar perempuan pada 1920.

Ahli fizik terkenal dunia, Stephen Hawking dan saintis hebat, Albert Einstein merupakan antara alumni universiti ini.

5. Universiti Salamanca, Salamanca, Sepanyol

Universiti Salamanca, Sepanyol ditubuhkan pada 1134. Ia merupakan universiti awam yang menjadi pusat penting untuk pengajian kemanusiaan.

Universiti Salamanca juga terkenal dengan pengajian bahasa dan kursus seperti undang-undang serta ekonomi.

Sebilangan kolej telah diasaskan sebagai institusi kebajikan bagi membolehkan pelajar kurang berkemampuan belajar di situ.

Namun pada kurun ke-18, kolej tersebut telah menjadi syarikat tertutup yang dikawal oleh keluarga pengasasnya.

Kolej-kolej tersebut kemudiannya dimusnahkan oleh tentera Napoleon, namun ada beberapa bangunan fakulti yang masih digunakan sehingga kini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI