fbpx

Hujan lebat di seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang bakal melanda 14 negeri petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataannya berkata, cuaca buruk itu bakal melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

“Di Kelantan pula melibatkan kawasan seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.
“Begitu juga beberapa kawasan di Pahang seperti Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong.

“Cuaca sama juga dijangka melanda Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka,” lapor MetMalaysia.

Selain itu, antara kawasan di Sarawak yang akan menerima hujan lebat, ribut petir dan angin kencang adalah Sibu, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Miri dan Marudi).

“Cuaca buruk turut melanda Sabah di Pedalaman (Kuala Penyu) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

“Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang juga dijangka melanda Labuan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI