fbpx

Anwar terima kunjungan Perdana Menteri Ethiopia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersama Abiy Ahmed Ali di Putrajaya hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima Tamu Kenegaraan iaitu rakan sejawatnya, Perdana Menteri Ethiopia Dr Abiy Ahmed Ali.

Anwar melalui laman Facebooknya berkata, Abiy tiba ke Malaysia dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula semalam.

“Usai sambutan rasmi dan pemeriksaan pasukan Kawalan Kehormatan dari Batalion Pertama Rejimen Melayu Diraja, saya mengiringi beliau ke pejabat bagi meninjau persekitaran mercu pentadbiran Kerajaan Persekutuan sebelum kami bersama ke Seri Perdana bagi menghadiri mesyuarat yang telah diatur.

“Topik perbincangan kami terarah kepada meningkatkan hubungan dan kerjasama dua hala khususnya terkait industri halal, pelaburan, komoditi, kesihatan, pelancongan dan jua pendidikan,” katanya.

Tambah Perdana Menteri, Ehiopia merupakan rakan dagangan ke-26 terbesar Malaysia di benua Afrika.

Katanya, pada tahun 2023, nilai dagangan dua hala Malaysia dan Ethiopia direkodkan pada RM446.8 juta dengan eksport Malaysia ke Ethiopia bernilai RM358.6 juta, iaitu peningkatan 24.6 peratus berbanding tahun sebelumnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI