fbpx

Nahas lima maut: ‘Ma janji jemput saya pulang asrama Selasa ini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Jihan Irdina (dua dari kanan) yang hiba kehilangan ibubapa dan abang sulung ditenangkan ahli keluarganya di Kampung Payang Kayu, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Pelajar tingkatan satu Sekolah Sains Hulu Terengganu (Sahut), Nur Jihan Irdina Mohd Junaizi,13, longlai apabila menjadi anak yatim piatu sekelip mata setelah ibu bapa dan abang sulungnya maut dalam nahas di Kilometer (KM) 86, Jalan Gua Musang -Lojing, Gua Musang, Kelantan semalam.

Anak kedua daripada tiga beradik tersebut berkata, dia tidak sedap hati apabila tiba-tiba dijemput pulang dari asrama oleh salah seorang ibu saudaranya pada pukul 4.30 petang kelmarin.

“Luluh hati saya diberitahu ma (Shazwani Ismail, 39), ayah (Mohd. Junaizi Jusoh,48), abang (Muhammad Fakrul Danish Mohd Junaizi,18) dan ibu saudara (Farhana Ismail, 35) maut dalam kemalangan di Gua Musang.

“Ma baru sahaja menghubungi saya kelmarin (Khamis lalu) memberitahu mahu menjemput saya pulang dari asrama sempena cuti Deepavali pada Selasa ini (lusa),” katanya hiba ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Payang Kayu di sini hari ini.

Terdahulu jenazah empat sekeluarga terbabit selama dikebumikan di tanah perkuburan tersebut pada pukul 10 pagi.

Mereka maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki yang dalam perjalanan untuk bercuti ke Cameron Highlands, Pahang dirempuh sebuah lori membawa muatan batu di lokasi kejadian pada pukul 11.57 pagi.

Nur Jihan Irdina berkata, dia tidak mengetahui rancangan ibu bapanya untuk mengadakan percutian bersama keluarga lain di Cameron Highdlands.

Jelas gadis itu, ibunya juga tidak memaklumkannya sewaktu berbual menerusi panggilan telefon pada pukul 3.30 petang, Khamis lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI