PETALING JAYA – Gelagat hati tisu seorang lelaki yang menangis ketika menonton perlawanan bola sepak mengundang sebak sehingga ramai yang mendoakannya segera dikurniakan zuriat.
Menerusi perkongsian di TikTok @Miela_Hanif, dia berkongsi video suaminya yang mengalirkan air mata ketika menonton perlawanan bola sepak.
“Hati tisu. Anak orang kalah main bola dia yang sedih.
“Kalau ada anak sendiri tak tau la,” tulisnya.
Difahamkan pasangan itu belum dikurniakan zuriat dan wanita tersebut memaklumkan mereka sudah lama menunggu cahaya mata.
Sehubungan itu, ramai yang sebak dan mendoakan mereka segera dikurniakan cahaya mata.
“Dari Video ni saya tahu suami awak baik dan Allah uji kalian untuk bersabar. Tapi tak nak cakap bab sabar. Hanya awak sahaja tahu. Saya doakan awak dikurniakan zuriat secepat mungkin,” komen Farydiana.
“Semoga satu hari nanti sis dan suami dapat ‘baby’. Akak sedih bila dia kata tengok anak orang pun sedih, kalau anak sendiri mesti meraung. Ya Allah kurniakanlah pasangan ini anak yang soleh dan solehah,” kata mawar merah.
“Saya doakan akak dan abang semoga dikurniakan rezeki zuriat secepatnya,” tulis ZEPartyWorld.
Video berdurasi 38 saat itu menerima 10,600 tanda suka dan 213,000 jumlah tontonan.- KOSMO! ONLINE