fbpx

Tular video pekerja ludah dalam makanan, DBKL kompaun dua restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kesalahan yang dikesan DBKL susulan pemeriksaan dua buah restoran mamak di Publika dan Desa Sri Hartamas, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Dua buah restoran nasi kandar diperiksa serta diambil tindakan susulan video tular didakwa pekerja premis itu meludah ketika membungkus makanan pelanggan, baru-baru ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam hantaran di Facebook memaklumkan, pihaknya terkesan video tular yang dikaitkan dengan dua buah restoran di Publika dan Desa Sri Hartamas, di sini.

Katanya, semakan terhadap dua premis itu telah beroperasi secara sah dan berlesen.

“Hasil pemeriksaan, dua kompaun dikeluarkan kepada restoran di Publika kerana tidak memakai penutup kepala dan apron (UUK 7(1) UUK PM 1979) serta beberapa pekerja tidak mendapatkan suntikan typhoid (UUK 23(3) (b) UUK PPM (WPKL) 201

“Sementara itu, bagi restoran di Desa Sri Hartamas, empat kompaun dikeluarkan atas kesalahan tidak memakai penutup kepala dan apron (UUK 7(1) UUK PM 1979), sinki dapur yang tidak memasang alat perangkap minyak (UUK 15(1) UUK PPM (WPKL) 2016).

“Kesalahan seterusnya lantai dapur yang didapati kotor dan berminyak (UUK 25(1)(b) UUK PPM (WPKL) 2016) dan bahan tepung yang diletakkan terus di atas lantai (UUK 33(3) UUK PPM (WPKL) 2016),” katanya dalam hantaran itu.

Tegas DBKL, pihaknya komited memastikan keselamatan dan kebersihan premis makanan di Kuala Lumpur demi kesejahteraan pengguna.

Jelas kenyataan itu, operasi pemeriksaan premis sentiasa diadakan dari semasa ke semasa.

“Pada masa yang sama, DBKL juga memantau aduan orang ramai mengenai isu kebersihan.

“Kami menyeru semua pihak untuk terus melaporkan sebarang isu kebersihan di premis makanan kepada DBKL,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI