fbpx

Nahas lima maut: Fakrul Danish tonggak kriket Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Kamarudin (kiri) bersama Muhammad Fakrul Danish (kanan) sewaktu skuad kriket Terengganu berjaya meraih pingat gangsa pada Sukma Sarawak baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU – Pasukan kriket Terengganu kehilangan permata bersinar berikutan kehilangan Muhammad Fakrul Danish Mohd. Junaizi, 18, yang terkorban dalam nahas bersama ibubapa dan ibu saudaranya di
Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing,  Gua Musang, Kelantan semalam.

Ketua jurulatih kriket Terengganu, Kamarudin Husin berkata, Allahyarham Muhammad Fakrul Danish merupakan tonggok utama yang membantu skuad negeri tersebut meraih pingat gangsa pada Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak baru-baru ini.

“Arwah (Muhammad Fakrul Danish) merupakan seorang atlet yang komited, berdisiplin dan mempunyai harapan cerah dalam sukan kriket.

“Sepatutnya ikut perancangan, dia bakal diserap masuk ke dalam skuad kriket Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kamarudin berkata, pengurusan TUDM pun sudah menyatakan persetujuan malah anak sulung pasangan Mohd. Junaizi Jusoh,48; dan Shazwani Ismail, 39, itu juga berminat untuk menyertai pasukan keselamatan itu sebagai perajurit muda.

Beliau berkata, pemergian Muhammad Fakrul Danish bersama ibu bapa dan ibu saudaranya dalam nahas tersebut amat mengejutkannya.

Kosmo! Online semalam melaporkan Muhammad Fakrul Danish maut bersama ibu bapa dan ibu saudaranya, Farhana Ismail, 35, apabila kereta Perodua Myvi dinaiki mereka dirempuh sebuah lori membawa muatan batu di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI