fbpx

Suami isteri maut, anak cedera MPV langgar jentera pengorek jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengangkat mangsa yang terlibat dalam kejadian kemalangan di Jalan Kuantan-Maran berhampiran Kem TUDM Batu 10 awal pagi ini.

KUANTAN – Sepasang suami isteri maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki melanggar jentera pengorek jalan yang diletakkan di tepi jalan di Jalan Kuantan-Maran berhampiran Kem TUDM Batu 10 di sini awal pagi ini.

Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu MPV Nissan Xpander, Mohd. Fadli Mohd. Abidin, 42, yang merupakan pesara bomba dan isterinya, Rohafiza Taha, 50, seorang guru.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu berlaku ketika pasangan tersebut dalam perjalanan dari Gambang ke arah Kemaman.

“Setibanya di lokasi, MPV dinaiki mangsa hilang kawalan sebelum melanggar jentera pengorek tanah di bahu jalan.

“Pemandu dan penumpang hadapan MPV meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penumpang belakang yang berusia 11 tahun cedera parah,” katanya di sini hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera menerima rawatan di hospital sama.

Siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan jalan lurus dan rata. Ketika kejadian cuaca dilaporkan baik namun gelap. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI