fbpx

Dua beradik lemas jatuh parit ketika cuba ambil bola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lokasi penemuan dua beradik yang lemas di di kawasan parit di Kampung Melaka, Bagan Tengkorak, Tanjong Karang.

KUALA SELANGOR – Dua beradik lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh ketika bermain di kawasan parit di Kampung Melaka, Bagan Tengkorak, Tanjong Karang di sini, semalam.

Kanak-kanak berusia tujuh dan sembilan tahun itu dijumpai bapa mereka di kawasan parit tersebut pada pukul 6.50 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azharudin Tajuddin berkata, kehilangan dua mangsa itu disedari oleh ahli keluarga, kira-kira pukul 6 petang.

“Dua kanak-kanak itu dipercayai sedang bermain di kawasan parit sebelum terjatuh. Mangsa dihantar ke Hospital Tanjung Karang sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian dua kanak-kanak itu akibat lemas. Parit itu berkedalaman 1.5 meter.

Difahamkan, dua beradik itu dipercayai terjatuh selepas dipercayai cuba mengambil bola di tepi parit.

Kedua-dua mangsa dipercayai mengikut bapa mereka menyertai gotong-royong kenduri kahwin di sebuah rumah kenalannya di kampung berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI