fbpx

Dua lelaki dicekup, tak sempat edar air ketum RM2,205

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air ketum siap dibungkus yang dirampas dalam dua serbuan berasingan di Kampung Geting, Tumpat semalam. - Foto PGA

TUMPAT – Dua lelaki tidak sempat mengedar dan menjual sebanyak 73.5 liter air ketum yang bernilai RM2,205 selepas mereka dicekup dalam dua serbuan berasingan di Kampung Geting, di sini semalam.

Kedua-dua suspek itu ditahan oleh anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) semasa menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan di sekitar daerah ini.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, serbuan pertama dijalankan kira-kira pukul 8.50 pagi selepas pihaknya menerima maklumat penjualan air ketum di sebuah rumah di Kampung Geting di sini.

Menurutnya, seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan semasa serbuan dijalankan di rumah tersebut.

“Pemeriksaan di dalam sebuah kereta yang dipakir di rumah tersebut menjumpai 50 liter air ketum dianggarkan bernilai RM1,500.

“Siasatan lanjut di dalam rumah itu kemudian membawa kepada penemuan satu rangka motosikal dan sebuah enjin motosikal tanpa nombor siri masing-masing bernilai RM1,500 yang pernah dilaporkan hilang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, serbuan kedua dijalankan di sebuah rumah di kampung sama pada pukul 9 pagi selepas pihaknya menerima maklumat mengenai penjualan air ketum.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati, seorang lelaki berusia 32 tahun berada di dalam rumah itu, namun tidak menjumpai barangan yang menyalahi undang-undang.

“Siasatan lanjut terhadap suspek telah membawa kepada serbuan di sebuah lain di kampung sama sebelum menjumpai 23.5 liter air ketum bernilai RM705 yang telah siap dibungkus.

“Sebuah tong, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM3,408 turut dirampas dalam serbuan itu,” ujarnya.

Nik Ros Azhan berkata, kedua-dua suspek dan semua hasil rampasan dibawa kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di sini untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kedua-dua kes melibatkan air ketum disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 manakala kes curi motosikal disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 411 kanun sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI