fbpx

Fareedpf pula muncul solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAREEDPF

SEPOTONG nama berbunyi Fareedpf barangkali kedengaran sedikit asing di telinga khalayak. Namun buat kelompok yang mengikuti ruang muzik kumpulan hip hop, K-Clique, mereka tahu

Fareedpf merupakan antara tunggak utama yang menggerakkan kumpulan itu.

Bersama K-Clique, Fareedpf yang juga adik kepada penyanyi, Sabdhi Saddi itu terkenal dengan signaturnya melontarkan bait-bait nyanyian rap dalam bahasa Inggeris. Tidak juga semua lantunannya dalam bahasa Inggeris, sebaliknya bercampur dengan bahasa Melayu tetapi itulah Fareedpf.

Terbaharu, Fareed muncul dengan single terbaharu, berjudul Forya. Menerusi lagu tersebut, dia berkolaborasi dengan seorang DJ bernama Ozcure.

Penulis tidak banyak informasi tentang Ozcure tetapi satu perkara yang pasti, Forya merupakan satu lagi jalan mendekatkan Fareed ke jendela muzik yang lebih terbuka.

Umum sudah cukup kenal dengan MK, Tuju dan Noki daripada K-Clique yang sudah membina nama secara solo tetapi tidak Fareed. Walhal, Fareed mempunyai potensi besar untuk diketengahkan. Bukan sahaja boleh menyanyi rap, dia juga mahir di pentas tarian.

Berbalik tentang Forya, penulis dapat rasakan lagu tersebut merupakan kesimbungan daripada lagu Over You yang diluncurkan seminggu sebelum Forya. Sepertinya, Fareed menulis lagu tersebut buat orang yang tersayang, barangkali kekasih hatinya.

SEIRING meneruskan perjuangan bersama K-Clique, Fareedpf juga tidak mensia-siakan peluang untuk memacu karier solonya dengan melancarkan single terbaharu berjudul Forya.

Komposisi muzik

Menyentuh soal komposisi muzik, secara peribadi, merupakan sebuah lagu yang sesuai dimainkan pada waktu senggang atau sedang memandu dengan tingkap kereta terbuka dan deru angin menyapa ke muka, sementara fikiran menerawang memikirkan hal-hal indah dalam hidup.

Forya sebuah karya ringkas dari segi melodi dan nukilan lirik. Penulis percaya ramai komposer atau penggubah lagu zaman sekarang sudah kehabisan idea bagaimana untuk melahirkan karya yang mudah diterima pendengar.

Sebagai arus muzik yang berevolusi, pengkarya bidang adakala terpaksa mencedok idea bunyi-bunyi zaman terdahulu untuk disesuaikan dengan muzik semasa.

Forya juga tidak terkecuali namun itu bukan suatu perkara negatif memandangkan acuan sedemikian diamalkan ramai pemuzik dan hasilnya, menjadi!

Penulis sebenarnya berharap, Fareed terus memacu potensi sebagai penyanyi solo sama seperti rakan-rakannya yang lain dalam K-Clique.

Satu perkara yang penulis respek tentang K-Clique, tinggi mana pun seseorang dalam jenama hip hop itu menggapai bintang, tiada seorang pun daripada mereka yang alpa dalam mengibarkan bendera K-Clique untuk sama-sama terjulang, di segenap kotak percaturan masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI