fbpx

Kedah, Perlis hujan lebat pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melanda enam negeri pada pagi ini.

MetMalaysia menerusi kenyataannya berkata, cuaca tersebut dijangka melanda seluruh Perlis.

“Di Kedah pula melibatkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

“Cuaca sama turut melanda seluruh kawasan di Pulau Pinang manakala di Sarawak melibatkan Miri,” lapor MetMalaysia.

Selain itu, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang juga dijangka melanda Sabah di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).

“Tidak ketinggalan di Labuan juga bakal menerima cuaca sama pada pagi ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI