fbpx

‘Asalkan saya cari rezeki halal, tak kisah kambing atau lembu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fattah enggan pusing dengan tanggapan sebilangan pihak dirinya kini diberi julukan tauke kambing perak.

Muncul buat kali kedua dalam siaran langsung produk kambing perap, pelakon Fattah Amin tidak kisah apabila ada pihak yang menggelarnya sebagai tauke kambing.

Kata pemilik nama penuh Abdul Fattah Mohd. Amin, 35, bukan sahaja gelaran, ada juga yang menyangka dia kini sudah bekerja sepenuh masa sebagai usahawan kambing perap.

“Sekarang ini saya pergi mana-mana, semua orang panggil saya tauke kambing. Mereka siap tanya malam ini saya tak jual kambing ke (dalam TikTok).

“Mereka puji sebab jual kambing perap laku.

“Sehingga hari ini, saya pergi mana-mana, orang ingat saya kini jual kambing perap sepenuh masa,” katanya dalam siaran langsung TikTok hari ini.

Dia bagaimanapun enggan mengambil pusing dengan tanggapan orang ramai malah menegaskan menjual kambing perap adalah satu kerja yang halal.

“Tapi saya tak kisah. Asalkan saya cari rezeki yang halal.

“Jangan kisah apa yang orang fikir. Kena jual kambing, lembu atau ayam, tak mengapa, asalkan penting saya cari rezeki,” ujarnya.

Dalam pada itu, bintang filem Mat Kilau itu memberitahu tugasnya dalam siaran langsung hanya untuk membantu menaikkan jumlah jualan bisnes kambing perap tersebut.

“Saya pun tidak tahu bila akan muncul dalam siaran langsung lagi. Mereka jemput saya untuk naikkan jumlah jualan.

“Kalau stok tak habis, mungkin tak akan panggil lagi dan mungkin sampai di sini sahaja,” katanya lagi.

Fattah juga memberitahu dia enggan muncul terlalu kerap dalam siaran langsung tersebut kerana risau orang ramai bosan.

“Ini adalah sesi siaran langsung terakhir saya. Saya takut anda bosan tengok saya ‘live’ kerap sangat.

“Nanti ada pula yang kata, ‘tak payah la tengok lagi, asyik-asyik Fattah je,” tuturnya.

Difahamkan, identiti pemilik jenama kambung perap tersebut iaitu Pak Mat juga akan didedahkan pada malam ini.

Hari ini, siaran langsung tersebut mencatat 76,000 jumlah tontonan dan 18 juta tanda suka.

Menerusi siaran langsung pertama pada 17 Oktober lalu, mereka berjaya meraih 100,000 tontonan dan 44 juta tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI