fbpx

Kibar bendera, 17 warga China diambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizi pada sidang akhbar ketika Majlis Festival kesenian Islam Nasyid PDRM Perak,Di Banggunan SUK Perak. FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Seramai 17 warga China telah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes perarakan mengibarkan bendera China di Teluk Intan yang tular dalam media sosial.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya juga sedang mengesan beberapa lagi warga asing dari pelbagai negara yang dikatakan turut serta dalam perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan.

Jelasnya, kelulusan telah diberi lebih awal namun tidak dinyatakan perhimpunan itu melibatkan warga asing dan mengibarkan bendera negara lain.

“Kita telah meluluskan permohonan mereka dengan syarat-syarat. Oleh kerana mereka melanggar syarat maka hari ini kita mengambil tindakan” katanya dalam sidang akhbar di sini malam ini.

Menurut Azizi, antara syarat dalam perhimpunan tersebut ialah tidak boleh menggangu ketenteraman awam, mengibarkan bendera negara lain serta tidak boleh melibatkan warga negara asing.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI