fbpx

Nahas lima maut : Empat sekeluarga tak sempat bercuti ke Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak bongsu kepada pasangan suami isteri yang maut, Nur Anis Zahra Nazihah menunjukkan gambar ahli keluarganya yang maut dalam nahas di Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Hajat sebuah keluarga untuk bercuti bersama ahli keluarga mereka yang lain di Cameron Highlands, Pahang tidak kesampaian selepas kereta dinaiki mereka bertembung sebuah lori di Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing, di sini hari ini.

Mohd. Junaizi Jusoh, 48, dan isteri, Shazwani Ismail, 39, bersama anak mereka, Muhammad Fakrul Danish, 18, serta adik kepada Shazwani, Farhana Ismail, 35, maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang mereka naiki terjunam ke dalam gaung.

Gambar Mohd. Junaizi Jusoh (kanan), Shazwani (kiri) dan Muhammad Fakrul Danish (tengah).

Kakak Shazwani, Najdiah Ismail, 41, berkata, sebelum kejadian, tiga buah kenderaan keluarganya berkonvoi dari Kampung Payang Kayu, Kuala Berang, Terengganu ke Cameron Highlands untuk bercuti dan akan pulang esok.

Katanya, dia menyedari kejadian menimpa keluarga adiknya itu sebaik tiba di Kea Farm, Cameron Highlands selepas tidak dapat menghubungi Shazwani.

“Apabila sampai di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lojing, kami sempat berhenti rehat di situ. Kereta dinaiki arwah Shazwani bersama adik (Farhana) berada di belakang sekali.

“Kami beberapa kali menghubungi Shazwani dan Farhana, namun panggilan tidak berjawab sehingga membuat keputusan untuk berpatah balik,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Gua Musang, di sini hari ini.

Najdiah memberitahu, hatinya luluh apabila polis memaklumkan kereta Farhana jatuh ke dalam gaung.

“Anak bongsunya Shazwani, Nur Anis Zahra Nazihah, 12, naik kereta lain yang turut serta dalam konvoi terbabit terselamat manakala seorang lagi anaknya, Nur Jihan Irdina, 13, l tidak mengikuti percutian keluarga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI