fbpx

Anwar galak stesen minyak tambah baik kemudahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar membuat pemeriksaan mengejut di Petronas Presint 16.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan syarikat penyedia stesen minyak menambah baik kemudahan yang disediakan untuk pelanggan.

Beliau dalam satu hantaran di laman X berkata, beliau yakin kesiapsiagaan itu dapat meningkatkan mutu dan perkhidmatan ke tahap yang lebih baik demi kebersihan dan keselesaan orang awam.

“Usai solat Jumaat, saya membuat pemeriksaan mengejut di Petronas Presint 16 termasuk dari segi infra, kemudahan tandas dan surau orang awam.

“Diapit bodyguard celik, saya sempat melihat sendiri kesiapsiagaan kesemua kemudahan yang disediakan untuk pengunjung,” katanya di sini tadi.

Beliau berkata pihaknya percaya, masih ada banyak ruang penambahbaikan untuk dimanfaatkan semua syarikat penyedia stesen minyak terkait kemudahan yang disediakan termasuk menyediakan sejadah yang dalam keadaan baik dan bersih.

Terdahulu, Anwar turut menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahman Presint 16, Putrajaya hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI