fbpx

Cerun runtuh, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan cerun runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands hari ini.

IPOH – Laluan di Kilometer 43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula hari ini berikutan insiden runtuhan cerun.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, penutupan jalan itu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak.

Katanya, penutupan penuh bermula pukul 5 petang itu terpaksa dilaksanakan ekoran terdapat pergerakan tanah di lokasi terjejas selain berisiko kepada pengguna jalan raya.

“Pengguna jalan raya khususnya warga Ipoh dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan memilih laluan alternatif iaitu Jalan Pahang dekat Tapah bagi mengelak terperangkap kesesakan lalu lintas,” katanya di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI