fbpx

Kim Hyun-joong rasa diri terlalu hina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM HYUNG-JOONG

SEJAK berlakunya kontroversi berhubung kes keganasan terhadap bekas kekasihnya beberapa tahun lalu, pelakon Kim Hyun-joong kini lebih banyak mendiamkan diri.

Kerjaya seninya juga semakin perlahan untuk tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Terbaharu, aktor tersebut tampil menjadi tetamu jemputan program KBS, Ask Us Anything Fortune Teller untuk berkongsi mengenai situasi dialaminya.

“Jujur apa yang saya berdepan masalah keyakinan diri sehingga berasa begitu hina pada pandangan mata orang lain.

“Setiap hari, saya risaukan pandangan orang. Asalnya saya memang periang, namun sekarang terasa seperti sangat kerdil,” akuinya.

Menurutnya lagi, tiada satu hari pun hatinya tenang akibat dihantui detik hitam dalam hidupnya.

Hos program turut mengajaknya berbicara hal-hal yang menimpa Hyun-joong termasuk kes saman terhadapnya pada 2014 atas dakwaan memukul bekas kekasih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI