fbpx

Bekas pembantu kedai dijel, pecah amanah wang jual kura-kura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pembantu kedai perniagaan haiwan eksotik dipenjara setahun dan dikenakan dua sebatan kerana melakukan pecah amanah dengan menjual enam ekor kura-kura milik syarikat itu yang bernilai RM78,200.

Hakim Mahkamah Sesyen Hamidah Mohamed Deril menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Amirul Arsyad Ahmad Nor Hishamuddin, 25, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula 21 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan pecah amanah wang RM78,200 hasil jualan kura-kura jenis Aldabra dan Leopard di syarikat tersebut di Taman Tanyton Vie, Cheras pada 20 dan 21 Oktober lepas.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dengan sebatan dan didenda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abd Razak memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Sementara itu, Muhammad Amirul Arsyad yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menanggung keluarga serta dua anak perempuan berumur empat tahun dan 10 bulan.

Mengikut fakta kes, pemilik syarikat membuat laporan polis selepas mendapati enam ekor kura-kura milik syarikatnya hilang.

Siasatan polis mendapati tertuduh menjual haiwan itu kepada seorang individu secara tunai, namun tidak menyerahkan wang jualan sehingga syarikat mengalami kerugian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI