fbpx

Ambil tindakan termasuk pemimpin parti Pas – Kor Ming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOR MING

IPOH – Polis digesa menjalankan siasatan terhadap pihak yang menyebarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung video tular perarakan sambil mengibarkan bendera China pada Sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan, malam tadi.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, tindakan tidak bertanggungjawab termasuk daripada pemimpin parti Pas itu disifatkan sebagai cubaan menghasut bagi menimbulkan kebencian dan berbaur perkauman.

“Pihak polis digesa supaya siasat dan mengambil tindakan segera terhadap semua pihak termasuk parti Pas yang menyebarkan fitnah.

“Semua pihak diingatkan agar menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum sekali gus menjulang kedaulatan undang-undang negara,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria mendakwa, sambutan tersebut dirasmikan Kor Ming yang merupakan Ahli Parlimen Teluk Intan merangkap Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Wong Kah Leong.

Sementara itu, Kah Leong dalam kenyataannya menggesa Razman agar menarik semula dakwaan tersebut dan menafikan kehadiran beliau dan Kor Ming dalam program berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris memaklumkan sidang akhbar berkaitan insiden itu akan diadakan pada pukul 8 malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI