fbpx

Sambutan 2 tahun Kerajaan Madani 22 hingga 24 November di MITEC, KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kerajaan Perpaduan akan menganjurkan sambutan 2 Tahun Kerajaan Madani yang dijangka diadakan pada 22 hingga 24 November depan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur.

Jurucakap Kerajaaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diputuskan dan dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya yang juga Menteri Komunikasi, sambutan dua tahun Kerajaan Madani pada hari berkenaan dipilih bersempena tarikh Perdana Menteri mengangkat sumpah pada 24 November lalu.

“Jadi, perinciannya akan diumunkan kemudian,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, semua barisan Kabinet dan Kerajaan Persekutuan turut diminta memberi sokongan kepada Sabah menerusi pelaksanaan Persidangan Antarabangsa Ekonomi Biru Sabah 2024.

“Perdana Menteri menegaskan bahawa jemaah menteri dan pihak Kerajaan Persekutuan harus memberi sokongan padu kepada usaha kerajaan Sabah.

“(Konsep ini) bagi memanfaatkan sumber yang ada untuk membantu kerajaan Sabah mengimplementasi atau melaksanakan konsep ekonomi biru melibatkan hasil mahsul laut,” katanya.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, konsep itu bukan sahaja melibatkan aspek perikanan, tetapi meliputi sumber mineral serta potensi tenaga boleh baharu.

“Jadi, ini arahan Perdana Menteri kepada Jemaah Menteri bagi menyokong usaha membangunkan ekonomi negeri Sabah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI