fbpx

4 penyanyi dengan album terlaris di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI Nurhaliza, Amy Amy ketika bersama Search, Ella dan Anuar menjadi empat nama besar yang berjaya menghasilkan album terlaris di Malaysia.

INDUSTRI muzik Malaysia sememangnya dipenuhi bakat besar yang mencipta nama bukan sahaja di peringkat tempatan, bahkan arena antarabangsa.

Di sebalik persaingan sengit, hanya segelintir artis berjaya melakar sejarah dengan album yang mencatatkan jualan luar biasa.

Album laris bukan sekadar menggambarkan populariti penyanyi malah mutu karya yang mendapat tempat di hati peminat.

Kejayaan tersebut melambangkan kemampuan seseorang penyanyi dalam menyampaikan emosi melalui lagu, lirik menyentuh jiwa dan melodi memikat.

Setiap album juga memiliki kisah tersendiri selain membawa kepada pengiktirafan dalam pelbagai acara sekali gus menggandakan lagi kredibiliti seseorang anak seni apatah lagi jika memecahkan rekod jualan dalam tempoh singkat.

Gala minggu ini menampilkan empat nama besar yang berjaya menghasilkan album terlaris di Malaysia, membuktikan bakat dan usaha mampu mencipta fenomena.

Datuk Amy Search

Sebagai vokalis kumpulan rock legenda, Search, kerjaya Amy meledak dengan album Fenomena yang dilancarkan pada tahun 1989.

Album tersebut bukan sahaja laris di Malaysia tetapi mencipta sejarah di seluruh rantau Asia Tenggara.

Lagu Isabella yang termuat dalam album tersebut juga menjadi antara karya paling ikonik dalam sejarah muzik rock Malaysia, selain terus mendapat tempat di hati pendengar dari pelbagai generasi.

Album Fenomena mencatat jualan lebih daripada 600,000 unit, menjadikan antara album paling laris dalam sejarah muzik Malaysia. Kejayaan tersebut membuka pintu untuk Search menjelajah ke negara-negara jiran seperti Indonesia dan Singapura.

Datuk Seri Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau menjadi bintang utama dalam industri muzik Malaysia dengan pelbagai album yang mencatat jualan tinggi.

Antara album paling laris adalah Prasasti Seni yang dilancarkan pada tahun 2004 yang mencatat sejarah apabila dijual lebih daripada 200,000 unit hanya di Malaysia.

Mana tidaknya, album yang menampilkan lagu-lagu hit seperti Seindah Biasa dan Dialah Di Hati itu bahkan sehingga ke hari ini terus menjadi siulan peminat.

Selain mendapat sambutan luar biasa, album itu juga turut memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa menjadikannya salah satu karya paling berjaya dalam sejarah karier ibu kepada dua cahaya mata itu.

Prasasti Seni adalah bukti kejayaan pemenang Anugerah Juara Lagu 1996 (AJL11) itu sebagai ikon muzik Malaysia yang terus relevan sepanjang zaman malah selayaknya bergelar biduanita negara.

Ella

Ratu Rock Malaysia, Ella, juga tidak ketinggalan dalam mencipta fenomena dengan album paling laris sepanjang kariernya iaitu Ella USA yang diterbitkan pada 1994.

Karya tersebut menjadi salah satu album rock Malaysia yang jualan luar biasa dengan memuatkan pelbagai lagu hit seperti Standing In The Eyes of The World yang terus menjadi anthem kegemaran rakyat Malaysia.

Ella USA mencatatkan edaran melebihi 300,000 unit, menjadikan Ella sebagai salah seorang penyanyi wanita tempatan dengan album terlaris dalam sejarah muzik Malaysia sekali gus melonjakkan popularitinya hingga ke peringkat antarabangsa.

Ella terus dikenali sebagai ikon rock Malaysia, dan kejayaan album Ella USA kekal sebagai pencapaian besar dalam kerjayanya. Keberanian Ella mencuba pelbagai genre muzik menjadikannya artis yang tidak pernah lekang dek zaman.

Anuar Zain

Tidak terkecuali daripada senarai Gala minggu ini adalah Anuar Zain yang turut mencipta sejarah dengan album Anuar Zain pada 2007.

Album tersebut dikenali sebagai salah satu album paling laris dalam kerjayanya dengan memuatkan lagu seperti Lelaki Ini dan Ketulusan Hati yang segera mencuri perhatian pendengar di seluruh negara.

Gabungan vokal mantap dan lirik penuh emosi menjadikan album itu dekat di hati peminat sekali gus mencatat jualan melebihi 100,000 unit.

Kejayaan album itu bukan sahaja diukur dari segi jualan malah diiktiraf anugerah berprestij termasuk Anugerah Industri Muzik (AIM) sekali gus mengukuhkan posisinya sebagai penyanyi lelaki terulung di Malaysia.

Lelaki berusia 54 tahun itu terus konsisten dalam memper-sembahkan karya berkualiti dan album Anuar Zain tetap diingati sebagai antara produk muzik terbaik yang pernah dihasilkan di Malaysia.

Kejayaannya membuktikan bahawa bakat sebenar akan sentiasa mendapat tempat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI