fbpx

Tangguh bersara gara-gara tiada pengganti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAIZAL berkemungkinan besar akan terus menyarung jersi skuad negara disebabkan ketiadaan penggantinya yang sesuai.

PENYERANG sensasi skuad hoki negara, Faizal Saari yang menyuarakan hasrat untuk menggantung kayu hoki, mungkin akan terus beraksi di bawah kendalian jurulatih Speedy Tigers, Sarjit Singh.

Faizal yang dihubungi Kosmo! kelmarin mengakui, dia kini kembali ke sesi latihan bersama skuad kebangsaan meskipun masih belum membuat keputusan rasmi mengenai masa depan kariernya.

“Sebab jurulatih pun tak nak saya buat keputusan tergesa-gesa, jadi saya masih fikir-fikir lagi dan mungkin saya akan terus bermain. Saya pun sebenarnya dah sertai latihan minggu ini,” kata Faizal.

Dalam masa sama, Faizal turut meluahkan kekecewaan susulan hoki antara sukan yang digugurkan daripada senarai acara Sukan Komanwel 2026 di Glasgow, Scotland.

Keputusan itu menyebabkan Speedy Tigers kehilangan beberapa perlawanan penting termasuk menentang pasukan handalan seperti India, Australia dan England.

“Kecewa memang ada. Sukan Komanwel ini satu platform besar untuk kami uji kemampuan, terutamanya menentang pasukan seperti Australia, India dan England. Bila mereka gugurkan hoki, kita hilang peluang besar untuk dapat perlawanan berkualiti.

“Tidak dinafikan bila kita tak dapat main menentang pasukan-pasukan gergasi, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada prestasi dan persiapan pasukan. Kami rugi lima hingga enam perlawanan penting di peringkat antarabangsa,” jelasnya.

Tambah Faizal, ketiadaan perlawanan bukan sahaja mengurangkan pendedahan pasukan di pentas antarabangsa, tetapi juga menutup peluang untuk memperbaiki kedudukan ranking dunia.

Bagaimanapun, dia tetap optimis dan percaya pasukan akan terus berusaha mencari jalan untuk bersaing dan meningkatkan prestasi mereka, meskipun tanpa kehadiran di Sukan Komanwel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI