fbpx

SPRM syor wujud SOP perlombongan REE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam (dua, kiri) ketika menyerahkan sijil penghargaan khas kepada wakil Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah pada Majlis APTA Tahun 2024 di Ibu Pejabat SPRM, hari ini. -Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan kepada kerajaan negeri untuk mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) yang spesifik bagi aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pewujudan SOP berkenaan adalah penting bagi mengelak daripada berlakunya penyelewengan hasil REE.

“Kita ambil contoh berhubung (perlombongan) REE, daripada pengalaman penyiasatan kita, REE ini tiada SOP yang sebenar.

“Kalau tiada SOP semua orang boleh melombong tanpa kebenaran dan ia adalah merupakan satu perbuatan mencuri, salah guna dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Apresiasi Penambahbaikan Tatakelola Agensi (APTA) di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Pada majlis itu, Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah diumumkan sebagai penerima APTA bagi tahun 2024.

Mengulas lanjut, Azam berkata, pewujudan SOP itu juga perlu melibatkan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) yang jelas bagi mengekang aktiviti perlombongan tanpa kebenaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI