PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa berjumpa dengan murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Selama, Kedah di Parlimen semalam.
Melalui satu video yang dikongsi di laman X Anwar, murid-murid tersebut turut kelihatan teruja apabila dapat berjumpa dan berbual bersama Perdana Menteri.
Ketika pertemuan itu, Anwar turut berbual mengenai kemudahan di sekolah bersama murid-murid berkenaan.
Selain itu, murid-murid serta guru-guru yang mengikuti lawatan ke Parlimen itu turut berpeluang bergambar bersama Perdana Menteri.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna memuji tindakan Anwar yang dikatakan mesra apabila bertemu dengan rakyat.
“Terima kasih PMX kerana sudi menyantuni anak-anak kami. Sekolah terletak di sempadan negeri Kedah dan Perak, jemput datang ziarahi kami di sini Datuk Seri,” kata Kak En.
“Terima kasih Datuk Seri. Gembira tengok budak-budak kecil teruja Perdana Menteri sanggup layan mereka,” kata Mr. Alex.
“Satu kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh murid sekolah itu,” kata Pratish. – KOSMO! ONLINE
Sempat melayani anak-anak dari SK Selama, Kedah yang kebetulan melawat parlimen semalam. #MalaysiaMADANI pic.twitter.com/iKgOKw9LLt
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) October 25, 2024