fbpx

‘Terpengaruh dengan PA’ – Syamsul bergoyang sebab lagu ‘jomblo’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kini berstatus duda, Syamsul meminati lagu berjudul Jomblo Happy.

PETALING JAYA – Pengarah dan pelakon Syamsul mengundang perhatian ramai apabila teruja berkongsi lagu yang sering kegemarannya ketika ini iaitu Jomblo Happy nyanyian Gamma1.

Syamsul atau nama penuhnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 40, berkata, walaupun dia merupakan seorang penyanyi rap, itu tidak menghalang dirinya menikmati lagu bergenre lain.

“Tajuknya Jomblo Happy ya?

“Okey, hari ini saya mengaku ini lagu kegemaran saya.

“Walaupun saya penyanyi rap dan suka hip hop tetapi lagu ini seronok. Saya terpengaruh dengan pembantu peribadi saya,” katanya dalam InstaStory.

Menerusi video yang dikongsi, Syamsul turut menyanyi dan menari ketika lagu tersebut dimainkan dalam keretanya.

Difahamkan, jomblo merupakan perkataan daripada bahasa Indonesia yang bermaksud solo atau tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Selain video tersebut, Syamsul juga sejak akhir-akhir ini aktif memuat naik swafoto dan foto sepanjang dia menjalani penggambaran filem seram arahan terbaharunya, Khawarij.

Dia juga dilihat kembali aktif dalam media sosial selepas bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada 5 September lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI