fbpx

371 projek perumahan swasta dipulihkan bagi tempoh 9 bulan tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Sebanyak 371 projek merangkumi 46,139 unit perumahan swasta berjaya dipulihkan dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) bernilai RM44.59 bilion.

Perkara berkanaan dicapai hasil pemantauan dilaksana oleh Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) bagi tempoh 1 Januari hingga 30 September lalu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, jumlah projek yang dipulihkan ini merangkumi 348 projek yang berjaya memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

Katanya, ini termasuk 17 projek yang berstatus lewat kembali menjadi lancar dan enam projek terbengkalai berjaya dipulihkan melalui kaedah penyiapan projek sehingga memperoleh CCC/CFO dan kaedah penyelesaian pembeli.

“Daripada jumlah pencapaian keseluruhan tersebut, sebanyak 25 projek (4,813 unit rumah) berjaya dipulihkan untuk tempoh 1 hingga 30 September lalu yang mana nilai GDV adalah sebanyak RM18.08 bilion.

“Salah satu pencapaian TFST pada bulan ini adalah pengurangan daripada 114 projek terbengkalai tersebut di mana satu projek terbengkalai berjaya dipulihkan iaitu projek perumahan Taman Sri Embun 1, Kuala Terengganu.

“Projek terbengkalai ini berjaya dipulihkan sehingga memperoleh CCC dan seterusnya berjaya dikeluarkan daripada senarai projek terbengkalai,” katanya dlam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliu berkata, lawatan tapak dan pemantauan secara rapi merupakan langkah penting bagi memastikan kemajuan projek terus dipantau dengan lebih teliti.

Katanya, melalui lawatan tersebut, pelbagai isu yang melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi teknikal, serta agensi penyedia utiliti dapat diperhalusi untuk mencari penyelesaian terbaik.

Sehingga 30 September lalu, jelas beliau, sebanyak 33 projek dilawati oleh beliau yang mana lapan projek berjaya memperoleh CCC.

“KPKT mengalu-alukan kerjasama daripada jabatan, agensi, dan badan berkanun yang berminat untuk bersama-sama dalam usaha memulihkan projek perumahan swasta terbengkalai.

Jelasnya, KPKT sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan pelantikan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP), Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) serta Indah Water Konsortium Sdn. Bhd..

Lanjutan pelantikan itu bagi mempercepatkan pemulihan 113 projek perumahan terbengkalai yang telah dikenal pasti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI