fbpx

Pemilik Chelsea perlu bersabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMPARD memerlukan sedikit masa untuk memastikan Chelsea benar-benar mampu untuk menjadi sebuah pasukan yang mampu mencabar kejuaraan liga. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Frank Lampard kini menjadi tumpuan para pemerhati bola sepak yang percaya beliau bakal menjadi salah seorang pengendali yang bakal dipecat selepas ini.

Kekalahan 3-1 kepada Manchester City menyebabkan beliau berada dalam tekanan yang tinggi biarpun Chelsea membe­lanjakan wang yang ba­nyak pada jendela perpindahan musim panas lalu dengan membawa masuk para pemain se­perti Timo Werner, Kai Havertz dan Ben Chilwell.

Pengurus Everton, Carlo Ancelotti percaya Lampard benar-benar berada dalam tekanan yang tinggi, namun berharap pemilik kelab, Roman Abromo­vich mampu memberinya peluang dan masa.

“Mereka mendapatkan ramai pemain baharu pada musim panas lalu, seperti mana Juventus, mereka perlu lebih sabar untuk mendapatkan sebuah pasukan yang mantap,” katanya.

Bekas pemain tengah Chelsea, Glenn Hoddle juga turut bersetuju dengan pendapat yang diluahkan oleh Ancelotti.

“Beliau (Lampard) perlu diberikan masa. Kerja-kerja untuk menghasilkan pasukan yang mantap sedang berlangsung. Mereka ketinggalan ketika ini dan perlu mencari jalan untuk mendapatkan kekuatan mental bagi mengatasi masalah itu.

“Mereka bermain baik ketika menentang pasukan yang tidak berapa kuat tetapi mentaliti mereka ketika ini tidak bersedia untuk memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Mereka mempunyai skuad yang berbakat tetapi perlukan sedikit masa. Ia adalah proses biasa untuk membentuk pasukan yang benar-benar berkua­liti. Saya harap pemilik kelab melihat dengan jelas situasi ini dan memahaminya,” jelasnya.

Chelsea bakal melayan kunjungan Morecambe pada aksi pusingan ketiga Piala FA awal pagi esok sebelum kembali ke saingan EPL menentang Fulham minggu depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI