fbpx

Lelaki mengaku guna dokumen palsu jual gelaran ‘Datuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEDUA-DUA tertuduh diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

MELAKA – Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi penganugerahan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk kepada tiga individu, bulan lalu.

Majistret Khairunnisak Hassni bagaimanapun menangguhkan hukuman terhadap tertuduh, Mohamad Nizam Abdul Ghani, 46, pada tarikh 4 Disember depan bagi menunggu semakan fakta kes.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan sebagai tulen satu surat bagi kelulusan Anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) kepada tiga individu yang tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen tersebut telah dipalsukan dengan niat untuk menipu.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 11.06 malam di sebuah rumah bernombor, Taman Paya Rumput Perdana dalam daerah Melaka Tengah pada 21 September 2024.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Sementara itu, dalam prosiding sama, rakan tertuduh, Shahrizan Sahauddin, 45, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memalsukan surat kelulusan bagi anugerah serupa atas nama tiga individu di lokasi, masa dan tarikh sama.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 12 Disember untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI