fbpx

[VIDEO] Padah mengaku dipaksa melacur dalam Podcast, ibu tunggal didenda RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Ainsyatul (berniqab) dibawa ke Mahkamah Majistret George Town, hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

GEORGE TOWN – Seorang ibu tunggal dikenakan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah membuat kenyataan palsu menerusi satu rancangan audio siar di aplikasi TikTok pada, Julai lalu.

Majistret Siti Nurul Suhaila Baharain turut memerintahkan tertuduh, Wan Ainsyatul Mime Wan Yuszaidi, 26, dipenjara sembilan bulan sekiranya dia gagal membayar denda tersebut.

Wan Ainsyatul Mime yang mengenakan jubah serta niqab berwarna hitam membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan mengikut 505(b) Kanun Keseksaan dibacakan terhadapnya dihadapan majistret.

Mengikut pertuduhan, ibu kepada dua orang anak berusia empat tahun dan 11 bulan itu didakwa dengan sengaja telah membuat kenyataan palsu melalui siaran langsung rancangan heart 2 heart di aplikasi Tiktok menggunakan akaun BGTV dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepada orang awam.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 26 Julai lalu, kira-kira pukul 3.30 petang, di Pangsapuri Program Perumahan Rakyat (PPR), Ampang Jajar, Permatang Pauh, dekat sini.

Berdasarkan fakta kes yang diakui tertuduh yang juga pengawal keselamatan, dia dengan sengaja memberikan kenyataan palsu di TikTok menerusi panggilan telefon, dan laporan tersebut adalah tidak benar serta tidak pernah berlaku.

Hasil semakan pihak polis juga mendapati kenyataan itu adalah palsu dan berniat hendak menyebabkan kegentaran awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI