PETALING JAYA – Ramai pengguna media sosial tersentuh melihat seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) merangkak ke tempat mengambil wuduk untuk menunaikan solat.
Menerusi sebuah hantaran di TikTok oleh pengguna Bos Tepen, rakaman video berdurasi 55 saat itu memaparkan lelaki tersebut solat di sebuah masjid dalam keadaan penuh kesukaran.
Difahamkan, lelaki tersebut menjual kerepek untuk menyara hidupnya di kawasan berhampiran.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dan ingin membantu lelaki berkenaan.
“Sedih melihat raut wajahnya yang kelihatan penat. Semoga abang ini dilimpahkan rezeki berpanjangan dan diberikan kesihatan yang baik,” ujar pengguna bernama Starmoon.
“Sebak, walaupun dia istimewa, dia tetap berusaha bekerja dan tidak meminta-minta,” kata Mas Fatin pula.
“Sebak rasanya. Ada nombor telefon dia tak? Saya nak borong kerepek pisang dia,” komen Mamagoojes – KOSMO! ONLINE
@jarirharun Bila Allah nak tegur, kadang-kadang halus sangat ‘bahasanya.’ Cuma kita nak faham ke tidak 😌 #bostepen #tepenyongtaufoo #tepen #yongtaufu #yongtaufoo #nasihatkehidupan #nasihatdiri ♬ original sound – Bos Tepen