fbpx

Naik kapcai hantar tempahan heroin, syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAMRY (tengah) menunjukkan rampasan dadah pada sidang akhbar di IPD Segamat, Segamat hari ini. - Foto oleh FARAHWAHIDA AHMAD / KOSMO!

SEGAMAT – Sindiket pengedaran dadah dikesan menggunakan motosikal kapcai untuk menghantar tempahan bekalan dadah jenis heroin dan syabu kepada pelanggan di sekitar daerah ini.

Kegiatan tiga sekawan yang berusia 31 hingga 37 tahun itu dipercayai aktif sejak awal Januari lalu bagaimanapun tumpas apabila mereka dicekup kira-kira pada pukul 1 pagi, 16 Oktober lalu di kawasan sekitar Felda Palong Timur 2, Batu Anam di sini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, sebelum ditahan, mereka dikesan dalam keadaan mencurigakan dengan menaiki dua motosikal di kawasan tanah rancangan felda berkenaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas mereka, polis menemui dadah dipercayai jenis heroin seberat kira-kira 1,494.60 gram dan methamphetamine seberat kira-kira 0.50 gram.

“Modus operandi mereka adalah menggunakan motosikal untuk menghantar bekalan dadah. Malah dadah yang dirampas ini dipercayai untuk bekalan sekitar daerah Segamat dan ia boleh digunakan untuk 4,000 penagih,”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat hari ini.

Tambah Ahmad Zamry, dalam operasi berkenaan, pihaknya turut menyita dua buah motosikal dan nilai sitaan termasuk wang tunai bernilai RM11,644. Jumlah keseluruhan nilai rampasan dadah, wang tunai dan sitaan adalah RM49,064. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI