fbpx

Diallo hanya tunggu permit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIALLO sah menjadi milik United dan hanya menunggu permit kerja untuk membolehkannya beraksi dalam saingan EPL. – AFP

MANCHESTER – Manchester United cuma menanti permit kerja daripada Persatuan Bola Sepak (FA) England untuk membolehkan penyerang baharu, Amad Diallo beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas ini.

Diallo, 18, menjadi pemain pertama didaftarkan di bawah peraturan baharu FA England yang dilaksanakan selepas Brexit dan akan ‘terbang’ ke Old Trafford daripada Rom, Itali sebaik mendapat permit kerja.

Pemain dari Abidjian, Ivory Coast itu juga dilaporkan tidak perlu menjalani kuarantin ke­rana telah melakukannya bersama kelab lamanya, Atalanta sekali gus membolehkan dia terus menyertai sesi latihan bersama rakan-rakan baharunya selepas ini.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer percaya, beliau mampu ‘membentuk’ bakat Diallo menjadi salah seorang penyerang digeruni di England.

“United adalah destinasi tepat untuk pemain-pemain muda berkembang. Saya percaya kami mempunyai segala-­galanya untuk memastikan Amad (Diallo) mencapai potensi­ terbaiknya.

“Kita perlu memberikan dia sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan suasana baharu. Saya juga sangat yakin dia mampu menjadi pemain penting buat Uni­ted selepas ini,” katanya.

Sebagai rekod, United telah bersetuju untuk membayar £37 juta (RM202.9 juta) kepada Atalanta untuk mendapatkan khidmat Diallo sewaktu hari terakhir jendela perpindahan pemain pada Oktober lalu.

Diallo yang menandata­ngani kontrak bersama United sehingga Jun 2025, diberikan peluang membuat dua penam­pilan dengan skuad utama Atlanta dalam saingan Serie A dan Liga Juara-Juara musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI