fbpx

Lelaki Rohingya didakwa tikam teman wanita Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah atas pertuduhan menikam teman wanitanya dalam kejadian di Bahau, Jempol bulan lalu. -Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

KUALA PILAH – Seorang lelaki etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan menikam teman wanitanya dalam kejadian di Bahau, Jempol bulan lalu.

Tertuduh, Fozi Alam Mohammad Alam, 43, yang tidak diwakili peguam mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Saiful Sayoti, namun tiada pengakuan direkodkan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas seorang wanita berusia 40 tahun menggunakan sebilah pisau dengan menikam yang boleh menyebabkan kematian.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 3.30 pagi di sebuah rumah di Taman ACBE di Bahau, Jempol pada 26 September lalu.

Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Rosli Muhamad kemudiannya memohon satu tarikh lain kepada majistret untuk pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, selain tiada wang jaminan ditawarkan disebabkan tertuduh merupakan warga asing.

Majistret kemudian menetapkan 12 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan tidak membenarkan sebarang jaminan kerana tertuduh bukan warganegara.

Pada 26 September lalu media melaporkan gara-gara mahu pulang ke negara asal, seorang wanita Indonesia berusia 40 tahun parah ditikam teman lelakinya etnik Rohingya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI