fbpx

UFO ‘kunjungi’ pangkalan tentera udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJUMLAH UFO kelihatan dekat Pangkalan Simpanan Tentera Udara Bersama Grissom. - Foto Reddit/littlespacemochi

WASHINGTON  – Pangkalan Tentera Udara di negeri Indiana menjadi lokasi panas terbaharu bagi objek terbang tidak dikenali (UFO) selepas penduduk melihat sejumlah ‘bola lampu’ yang bergerak pantas dan bercahaya di langit, lapor portal berita MailOnline semalam.

Ramai orang di Kokomo yang terletak hanya 20.92 kilometer dari Pangkalan Simpanan Tentera Udara Bersama Grissom melaporkan melihat lampu-lampu berkelip  sebelum hilang di langit.

“Apa itu? Saya rasa ia adalah UFO dan saya benar-benar tidak selesa untuk tidur malam ini,” kata seorang penduduk tempatan.

Penampakan luar biasa itu, kebanyakannya dilaporkan pada 7 Oktober lalu.

Penampakan serupa pernah berlaku berhampiran lokasi tentera termasuk Pangkalan Bersama Langley-Eustis di negeri Virginia di mana beberapa pegawainya melaporkan melihat lampu merah, hijau dan putih berkelip dan bergerak laju.

Penampakan objek misteri di Indiana itu  bagaimanapun dikongsi oleh orang awam di internet di mana pakar-pakar mengkaji untuk mengenal pasti sumbernya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI